Monday, January 28, 2013

Ainan Tasneem - Kamu Saja


Sweet video clip with a sweet song.. ;)
Really Love It!
Just for you, my dear..^^,
Smile always!!..  <3<3<3

*Pujuk tru video clip yg cute!hee..

"Kamu Saja Liric"

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yng mampu membuat tidurku lena
Kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Tak pernag terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku dikala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira





Friday, January 25, 2013

AKHLAK RASULULLAH S.A.W


AKHLAK RASULULLAH   (◕‿◕) <3

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
2 Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak













AKHLAK RASULULLAH (◕‿◕) ♥

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya

3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan
 kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

Thursday, January 24, 2013

AIRMATA RASULULLAH SAW


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.  Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maaf,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.  Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.  Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' 

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. 

'Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Di luar pintu tangisan mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii, ummatii, ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' 

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

P/s: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Insya-Allah.

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah:
"Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.  Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai Manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.  Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.  Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi.  Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.  Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.  Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.  Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembut lah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.  Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.  Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu.  Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.  Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.  Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaKu.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.  Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.  Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU."

Bersama2 kita renungkan..:)
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434Hijrah. "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".


Salam Maulidur Rasul 1434H


Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
Semoga pada hari yang mulia ini, kita sama2 berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga & semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Insya-Allah. Amiin.:)

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434Hijrah,
"Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah".

Ikhlas, Nabillah.

Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday

Favorite Movies & Songs..



Hafiz & Siti Nurhaliza (OST Adam dan Hawa)
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku pertunjuk padamu
Ke mana pun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta