Friday, February 1, 2013

Berbezakah Perasaan Ini??


Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita sebaik mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. 
(dalam erti lain: cinta ditujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. 
(dalam erti lain: sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…;)
(dalam erti lain: suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.  Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain: minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan…)

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


Princess said:

Kawan2...
Rase2nye  betul ke ape yg ditulis di atas nie ye?? Hmm..;)
Kalau betul..ape lah perasaan yang ade pd saye sekarang nie kan?.. 
Adakah cinta? sayang? minat? suka?
Hahaha..
Hny Allah shj yg tahu..:')
Cume yg penting, kawan tetap kawan..
Kawan yang terbaik adalah kawan yg sentiasa berada disamping kita semasa susah dan senang dari dunia hingga akhirat..
Jangan jadikan kawan sebagai lawan..
Huru hara nanti jadinye..^^
Insya-Allah, Allah akan bagi Jodoh yang terbaik utk kita semua..
*Mendoakan yg terbaik ye!;) 
Senyum selalu ye Princess..=)

No comments:

Post a Comment